Sabtu, 3 Januari 2009

cuti...

assalamualaikum kepada semua master team..


buat masa sekarang sebarang aktiviti master team network ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu...

ini adalah kerana berlaku pergaduhan antara master team network dgn luxor king group. pada 3/1/09 jam 12.00 pagi, master team yang disertai oleh sham,gee,lan,wan,pait,apiz,habib, mizi, akmal dan tapir telah diminta pergi ke nasi kandar ceria, taman ria jaya. pertemuan ini pada mulanya difahamkan dari gee (bekas luxor) bahawa ada 5 orang group luxor akan join master team.mereka terdiri dari 2 pompuan dan 3 laki...tetapi selepas 10 minit kali sampai, tiba2 lebih kurang 10 buah kereta dengan berpuluh2 moto datang ke nasi kandar ceria... mereka membawa beberapa senjata untuk bergaduh...so kami terpaksa berundur dan terpaksa meninggalkan gee sebagai tawanan..


dan alangkah terkejutnya apabila gee dibelasah teruk oleh king group termasuk black dan apit...

ekoran dari kejadian ini, satu laporan telah dibuat di IPD Sungai Petani, sebagai persediaan dan untuk menjamin keselamatan ahli-ahli master team.

Alhamdulillah, akhirnya kes berjaya diselesaikan berkat kerjasama dan efisyen-nya pihak polis menjalankan tugas.

Diharapkan dengan ini akan menjawap kenapa program kita pada 03 January 2008 telah dibatalkan iaitu akibat soal keselamatan.

Sekian.
Juang tetap juang,
Perang tetap perang..
Lawan tetap lawan,.
EXCELLENT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan